Tuesday, December 29, 2009

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS ISLAM


RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Rahsia keajaiban daya intelek berkait rapat dengan pemakanan individu. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius Islam yang telah berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar"Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galianyang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk
memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda,"Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatankerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkantenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibacaoleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari
kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

21) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

SELAMAT BERAMAL

Monday, December 28, 2009

PENERAPAN 5S(BUDAYA JEPUN) DALAM ORGANISASI

PENERAPAN 5S(BUDAYA JEPUN) DALAM ORGANISASI


PENGENALAN

5s merupakan amalan pengurusan yang merangkumi 5 komponen pelaksanaan untuk mewujudkan
satu persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif serta dapat membina budaya kerja yang
cemerlang bagi mencapai satu standard yang telah ditetapkan. 5S juga merupakan budaya yang perlu diamalkan
untuk mengekalkan prestasi kecemerlangan organisasi.

OBJEKTIF 5S

•Mewujudkan persekitaran yang selesa dan kondusif supaya kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan.
•Membina budaya kaizen(penambahbaikkan berterusan) dikalangan warga kerja.
•Meningkatkan kerjasama semua peringkat dan pemantapan "teamwork".

KOMPONEN 5S

SEIRI - SISIH
•Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan dan membuangnya.

SEITON- SUSUN
•Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO - SAPU
•Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di mana-mana

SEIKETSU - SERAGAM
•Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa .

SHITSUKE - SENTIASA AMAL
•Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan dan pembudayaan secara berterusan

POLISI 5S

"KE ARAH BUDAYA KERJA YANG EFISYEN DENGAN PERSEKITARAN YANG SELESA SUPAYA KECEMERLANGAN
PERKHIDMATAN DICAPAI DEMI KEPUASAN PELANGGAN"

RUMUSAN

5S jika diamalkan dan diterjemah dalam bentuk arahan dan tindakan akan membantu mendisiplinkan ahli organisasi di samping
kejayaan dapat dicapai seperti misi dan visi yang telah ditetapkan.

Sunday, December 27, 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU -KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.

Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.

Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.

Para guru dan murid-murid sekalian,

Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.

Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.

Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”

Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Para guru dan murid sekalian,

Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.

Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.

Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.

Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.


Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431

Tuesday, December 22, 2009

Hanya 6,600 masuk Sekolah Berasrama Penuh 2010

Hanya 6,600 masuk SBP




KUALA LUMPUR: Hanya 6,600 murid daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu dibuat hari ini.

“Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula hari ini hingga 12 Januari, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran murid
yang menerima tawaran dibuat pada 11 Januari.




Seramai 517,908 murid tahun enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dan daripada jumlah itu 48,171 memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil. - Bernama

Monday, December 21, 2009

STANDARD GURU MALAYSIA


Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Wednesday, December 9, 2009

CIRI-CIRI KEPIMPINAN MUSLIM

1. BERIMAN DAN ADIL

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara.

2. MENGENALI DAKWAH

Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

3. MENGENALI JIWA

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui sudut kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.
b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.
d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut.

Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya untk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas

Sumber: Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA