Wednesday, February 24, 2010

10 PRINSIP KEPIMPINAN ISLAM

Prinsip Kepemimpinan Menurut Al Qur’an

1. Hikmah, Mengajak manusia dengan penuh Hikmah (Qs An Nahl : 125)
2. Berbincang dengan cara yang baik, jika ada perbezaan hendaklah berbincang dengan cara yang baik (QS An Nahl : 125)
3. Qudwah, memimpin dengan memberi contoh dan teladan ( QS Al Ahzab : 21)
4. Pendidikan yang baik, orang akan ikhlas menerima perintah jika dia memahami apa faedah dan kebaikannya (QS An Nahl : 125)
5. Musyawarah, tugasan yang diberikan sebaiknya diadakan musyawarah dengan orang yang kita pimpin ( QS Ali Imran : 159)
6. Keadilan, menjadi pemimpin perlu bersikap adil, iaitu telus dan tidak memihak. QS An Nisaa : 58
7. Kebebasan berpikir dan membina kreativiti. Rasululllah saw sentiasa terbuka untuk menerima pendapat dan saranan para sahabatnya
8. Tautan hati, kelembutan dan saling mendoakan orang yang dipimpinnya. QS Ali Imran : 159
9. Empati terhadap masalah dan keadaan orang yang dipimpin ( QS Ali Imran : 159
10. Mampu mengembangkan dan memanfaatkan potensi orang lain.

Tuesday, February 23, 2010

PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN

PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

3. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur.Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.

4. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

5. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

6. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

7. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

8. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin paada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.

Sunday, February 21, 2010

8 TIPS BINA KEYAKINAN DIRI


TIPS BINA KEYAKINAN DIRI

1. Katakan anda BOLEH!
Kata-kata positif akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2. Jangan memandang rendah keupayaan diri
Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri anda dibelengggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.

3. Kaji dan perbaiki kelemahan diri
Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4. Malu biar kena pada tempatnya
Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri anda untuk merasa lebih yakin.

5. Sentiasa berfikiran positif
Fikiran positif akan memberi ransangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6. Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja
Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.

7. Badan sihat, minda cerdas
Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.

8. Hargai diri
Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Saturday, February 20, 2010

10 TIPS PEMIMPIN HEBAT

Tips Pemimpin Hebat

1. Miliki visi yang berpandangan jauh. Ia merangkumi visi untuk diri sendiri, pasukan, dan organisasi anda. ‘Pakejkan’ visi ini dan berkongsilah dengan yang lain. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari atau sebaliknya?

2. Sanggup ambil risiko. Berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko ada di mana-mana, yang membezakannya samada besar atau kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia untuk mengambil risiko. Mereka yang gagal untuk menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

3. Berikan dorongan kepada orang lain untuk berkreatif dan berinovatif. Itulah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk ‘dipengaruhi’ oleh idea-idea baru. Orang yang tidak bersedia menerima idea baru bukanlah orang yang baik untuk menjadi pemimpin.

4. Jangan takut membuat kesilapan. Belajarlah daripada kesilapan dari semasa ke semasa. Elakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama. Jangan menyorokkan kesilapan anda dengan menipu mereka. Lambat laun ia akan terbongkar jua.

5. Libatkan semua orang. Jangan beraksi seorang diri. Ia bukan sahaja akan memenatkan anda, bahkan orang lain akan berasa diabaikan. Mereka rasa tidak dihargai kewujudannya. Walau apa jua jawatan dan kedudukan, mereka semua mempunyai potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif.

6. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif. Anda perlu ada kemahiran untuk mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerja samalah dengan orang lain yang boleh membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

7. Lebih baik jika anda serba boleh. Pemimpin yang boleh mencangkupi pelbagai urusan akan lebih dihormati dan disegani. Kerana apa? Kerana anda dikira memahami kerja sebenar yang dihadapi oleh mereka. Dengan itu, keputusan dan arahan anda akan lebih disenangi dan diterima oleh mereka.

8. Berilah latihan dan peningkatan diri. Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu ‘pelaburan’ jangka panjang. Anda boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

9. Galakkan kerja berpasukan. Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berikanlah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan itu, mereka akan diperkasakan serta akan menjadi lebih berdikari.

10. Ganjarilah mereka yang telah melakukannya dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji, dan banyak lagi. Apa yang penting; gunakan kuasa GANJARAN!

Sumber: http://modaris.blogdrive.com/

Sunday, February 7, 2010

6 SOALAN IMAM GHAZALI PADA MURIDNYA

SOALAN IMAM GHAZALI PADA MURID-MURIDNYA

Soalan 1 Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Jawapan muridnya:
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Soalan 2 Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Jawapan muridnya:
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

Soalan 3 Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Jawapan muridnya:
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan 4 Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Jawapan muridnya:
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah..

Soalan 5 Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Soalan 6 Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Saturday, February 6, 2010

TIPS TEMUDUGA KERJA

Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga. Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu. Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga anda.

Sebelum temuduga anda

1. Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’

2. Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.

3. Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

Semasa temuduga anda

1. Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.

2. Beri salam/selamat sejahtera kepada panel penemuduga

3. Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas .

4. Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.

5. Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda

6. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

sumber: http://www.kareer.com.my

Wednesday, February 3, 2010

30 CIRI-CIRI GURU HEBAT


Guru yang hebat dan cemerlang perlu memilikki ciri-ciri berikut:

1. Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar'- melakukan kebaikan
mencegah keburukan.
2. Meletakkan ilmu dan pengajaran melebihi kepentingan peribadi.
3. Sentiasa mengemaskini maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.
4. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan teknologi pendidikan.
5. Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.
6. Adil saksama dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar.
7. Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti melibatkan pelajar.
8. Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah bukan dengan cara memarahi.
9. Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluan~kan masa untuk membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.
10. Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan memperkembangkan idea pelajar.
11. Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka benar-benar terlatih atau faham mengenainya.
12. Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran dan kemampuan berlainan.
13. Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani I dihormati pelajar.
14. Cakna terhadap sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.
15. Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.
16. Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan / kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.
17. Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai budaya maktab dan masyarakat.
18. Bijak mengurus dan menggunakan masa.
19. Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi menyenangkan, berjenaka dan boleh menerima jenaka.
20. Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.
21. Menghormati displin ilmu orang lain dan menghargai kelebihan orang lain
22. Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang).
23. Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.
24. Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan keberkesanan.
25. Sentiasa menjadi model dan teladan (role model)
26. Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam menjalankan tugas.
27. Berani mencuba dan berflkiran terbuka.
28. Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau rakan guru.
29. Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan sejawat.
30. Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan iktisas serta gemar menyebarkan ilmu.

Monday, February 1, 2010

6 TIPS APABILA BERTEMU


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

1. Apabila engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Apabila bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Apabila bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Apabila bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.