Wednesday, May 26, 2010

12 TIPS MENINGKATKAN DAYA INGATAN


Meningkatkan daya ingatan dan mengekalkan momentam memori sangat penting bagi setiap individu bagi perkembangan minda dan potensi diri. Beberapa tips dicadangkan untuk mengekalkan daya ingatan.

1. Tidur Yang Cukup

Keletihan akan mengganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak dan boleh menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yngg baru. Amalkan tidur yang cukup di malam hari iaitu antara 5-6 jam kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi dengan sempurna.

2. Kawal Tekanan

Tekanan akan membuat jiwa kita tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Kesannya kita tidak peka dengan keadaan persekitaran,tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan terganggu. Kawal tekanan dengan baik secara bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi,rehlah dan sebagainya.

3. Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Daya ingatan kita akan menjadi lebih baik apabila mengamalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki dan menggerakkan beberapa bahagian anggota badan.

4. Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria, tidak segar dan diselubungi rasa kecewa.Akibatnya boleh menjejaskan daya ingatan dan membuat kita tidak peka pada persekitaran. Hindari kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri dan membanyakkan amalan kerohanian untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

5. Kawal Pengambilan Ubat secara professional

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Pastikan ubat yang digunakan telah melalui proses nasihat dan arahan doktor.

6. Mencuba Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Kemahiran pelbagai bahasa, menjahit,inovasi dan kreativiti atau menghadiri ceramah agama dan motivasi.

7. Meneroka Permainan

Meneroka permainan yang sesuai dengan kemampuan diri dan mampu merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli.Gunakan teknologi komputer dan multimedia untuk membantu walaubagaimanapun AWAS jangan sampai keterlaluan hingga menjadi ketagih"games"..

8. Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian kerana ia dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Catat dan ingat fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan walaupun sedikit.

9. Katakan Berulang Kali dan Acap Kali

Untuk meningkatkan daya ingatan tentang sesuatu maklumat, data atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga kita benar-benar ingat akan maklumat tersebut.Sekali sekala keluarkan suara kita sekuat mungkin bebaskan kekangan emosi.

10. Fokus dan Beri Tumpuan

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dan memberi tumpuan dalam sesuatu perkara. Kita juga dapat belajar memberi fokus secara menumpukan sepenuh fikiran kita pada sesuatu perkara, mencatatkan dan mempamirkan apa yang kita fikirkan.

11. Banyakkan Latihan Bermain Dengan Angka

Asahkan minda kita dengan bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon, tarikh lahir dan nombor pendaftaran keereta rakan-rakan. Kita juga boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu yang boleh meningkatkan daya ingatan.

12 Latih Diri Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walaupun setengah muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat memberi ketenangan dan menerangi jiwa. Al Quran adalah penawar (syifa') dan mampu menajamkan daya ingatan pembacanya.

Monday, May 17, 2010

GANJARAN MENCAPAI KPI - 2011






GANJARAN UNTUK GURU MENCAPAI KPI 2011

1. Sempena Hari Guru 2010, bermula tahun depan, golongan guru layak menerima wang ganjaran sehingga RM7,500 setiap seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

2. Kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April 2010. Kenaikan pangkat bagi 25,289 PPPS dan PPPLD meliputi tiga kategori iaitu mengikut tempoh (time based) selama 10 tahun, guru cemerlang dan kenaikan secara hakiki bagi gred DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54 yang merangkumi pegawai yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, pensyarah institut pendidikan guru dan guru.

3. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS

4. Guru-guru di sekolah sama yang berada dalam kumpulan lima peratus ke atas pula akan menerima wang ganjaran sebanyak RM1,800 seorang dan 95 peratus guru berikutnya akan mendapat ganjaran RM900 seorang

5. Kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit iaitu lonjakan sebanyak 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah. Semua pengetua, guru besar dan guru mungkin menerima wang ganjaran tersebut setiap tahun jika mampu meletakkan sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit yang ditetapkan.

6. PPS yang memperoleh ijazah doktor falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan bermula tahun ini.

BERSEDIAKAH KITA MENYAHUT CABARAN INI....

GANJARAN HARI GURU 2010




KUANTAN, 16 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.


Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.


“Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.


“Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Ahad.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.


Muhyiddin berkata ganjaran kewangan itu tidak terbatas hanya sekali sahaja untuk setiap sekolah: “Kalau sekolah itu meneruskan usahanya untuk tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran itu,”.


Beliau berkata ganjaran kewangan itu akan diteruskan setiap tahun dan bagi tahun ini, pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak.


Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyidin turut mengumumkan beberapa inisiatif lain kepada golongan pendidik.


Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.


“Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran,” kata Muhyiddin.


Beliau berkata Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.


Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang menimbangkan pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat berasaskan pencapaian yang lebih baik kepada mereka yang benar-benar menunjukkan kebolehan.


Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.


“Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan,” kata Muhyiddin.


Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.


“Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.


“Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki,” katan Muhyiddin.


Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.


Sumber: BERNAMA

Friday, May 14, 2010

TEACHERS

Special quotes for teacher


•Teaching is not a lost art, but the regard for it is a lost tradition." - Jacques Barzun

•"Good teachers are costly, but bad teachers cost more." - Bob Talbert

•"The true teacher defends his pupils against his own personal influence. He inspires self-distrust. He guides their eyes from himself to the spirit that quickens him. He will have no disciple." - Amos Bronson Alcott

•"A good teacher is like a candle - it consumes itself to light the way for others." -Anonymous

•"Teaching is leaving a vestige of one self in the development of another. And surely the student is a bank where you can deposit your most precious treasures." - Eugene P. Bertin

•"The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires." - William Arthur Ward

•"A teacher's purpose is not to create students in his own image, but to develop students who can create their own image." - Anonymous

•"What the teacher is, is more important than what he teaches." - Karl Menninger

•"The dream begins with a teacher who believes in you, who tugs and pushes and leads you to the next plateau, sometimes poking you with a sharp stick called truth." - Dan Rather

•"In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years." - Jacques Barzun

•"Teaching is the profession that teaches all the other professions." - Anonymous

•"The best teachers teach from the heart, not from the book." - Anonymous

•"A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops." - Henry Brooks Adams

•"Teachers, I believe, are the most responsible and important members of society because their professional efforts affect the fate of the earth." - Helen Caldicott

•"Better than a thousand days of diligent study is one day with a great teacher." -Japanese proverb

•"The whole art of teaching is only the art of awakening the natural curiosity of young minds for the purpose of satisfying it afterwards." -Anatole France

•"Those who educate children well are more to be honored than parents, for these only gave life, those the art of living well." - Aristotle

Wednesday, May 12, 2010

UCAPAN KREATIF SAMBUTAN HARI GURU



Pelajar-pelajar SK Seri Dusun dijemput membuat ucapan kreatif kepada guru-guru SK Seri Dusun secara menulis di ruangan "comments" di bawah. Ucapan kreatif anda berpeluang menerima "hadiah misteri". Peluang ini terbuka kepada murid-murid SK Seri Dusun sahaja. Pastikan nama penuh dan nama kelas dimasukkan.

SELAMAT HARI GURU

Monday, May 10, 2010

ADAB BERGURU - SELAMAT HARI GURU


Salam ingatan dan jutaan terima kasih kepada guru-guru SK Seri Dusun yang sentiasa dedikasi menunaikan tugas dan menyempurnakan amanah kepada anak bangsa demi memertabatkan negara bangsa. Terima kasih CIKGU

GURU ialah insan yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak dan masyarakat. Guru bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu pengetahuan ,berketerampilan dan berakhlak mulia. Dialah cahaya penyuluh ketika kegelapan dan ketika haluan menjadi sukar. Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei maka marilah kita sama-sama hayati adab-adab yang patut dipatuhi ketika berguru.

Adab-adab mulia ketika berguru:

1.Memberi salam apabila bertemu
2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
9.Menghormati guru sepanjang masa
10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan

Hikmah apabila beradab dengan guru;

1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
3. Memperolehi kejayaan dunia dan akhirat
4. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
5. Ilmu yang dipelajari akan berkekalan dan diamalkan
6. Sentiasa terdorong mengamalkan sifat terpuji
7. Minda cerdas dan pantas
8. Terlindung daripada perkara terkeji

Adab-adab terpuji berguru mengikut Imam Al Ghazali

1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
10.Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
11.Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru
meninggalkan majlis.
12.Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai
ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13.Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap:

•“Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”


Antara hak guru yang perlu ditunaikan oleh murid-murid adalah:-

1. Merendah diri terhadap guru.

2. Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

3. Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

4. Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

5. Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

6. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

7. Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

8. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

9. Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

10. Tidak meninggal majlis pengajaran guru sebelum waktunya kecuali uzur syar'i.

Tanpa guru siapalah kita.....walau sedikit ilmu yang kita terima namun mereka tetap guru kita.
SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU


Puisi Hari Ibu

HATI SEORANG IBU

Ibu
insan yang tidak pernah mengenal
erti kegagalan
apalagi untuk mengalah
pada kelesuan dan keperihan
walau jari jemari acap kali
terpalit selumbar duka
serta onak duri ranjau keluarga
namun heti seorang ibu
menerjah tinta keramat
syurga di telapak kakinya.

Ibu
peluh keringatmu adalah mutiara
juga kasturi yang mewangi
didambakan anak dan suami
walau sesekali air mata
tersirna di ufuk wajahmu
namun ia adalah kepuasan
dari sebuah pengorbanan
persis lambaian syurga
dikalbu mutaqin.

Ibu
Kalau tiada kata terucap
Kalau tiada senyum terukir
Kalau tiada santun terpamir
hatimu tercalar ngilu
kerana bagimu
bila usia menggamit pelabuhan
bila lesu menyelinap diri
hanya yang kerap dipinta
taat seorang anak.

Sunday, May 2, 2010

GURU OH GURU

Selamat Hari Guru 2010

Selamat Hari Guru 2010

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU 2010

SELAMAT HARI GURU
Tema Hari Guru 2010: "Guru Pembina Negara Bangsa"



16 Mei merupakan hari keramat bagi kaum guru kerana ia adalah Hari Guru yang dirayakan pada setiap tahun oleh warga guru dan masyarakat Malaysia. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Kuantan,Pahang Darul Makmur iatitu bertempat di Universiti Malaysia Pahang. Universiti Malaysia Pahang akan menjadi lokasi pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 dengan kesinambungan tema perayaan "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sehubungan dengan sambutan itu juga semua sekolah seluruh negara diminta mengadakan aktiviti-aktiviti berikut di peringkat sekolah.

1. Gotong-Royong Perdana di sekolah masing-masing pada 15 Mei 2010.
2. Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin pada malam 13 April 2010.
3. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah secara serentak pada 16 Mei.

Sempena Perayaan Hari Guru pada tahun 2010, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Dusun telah menyusun pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.Untuk merealisasikan tema Hari Guru 2010 iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa", aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah berfokus kepada menyemai sifat positif di kalangan pelajar, menguatkan jati diri, semangat patrotisme yang tinggi di samping memantapkan budaya kerja berpasukan di kalangan guru-guru. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ialah:

1. Gotong royong di kawasan sekolah dan "Stesyen Pembelajaran Agroecon"
2. Pertandingan Penulisan Kreatif
3. Sukaneka Guru Murid
4. Solat Hajat dan Bacaan Yaasin

Sambutan Hari Guru 2010 diharap bakal mencetus pelbagai idea baru di samping memupuk budaya cemerlang dan setiakawan di kalangan pelajar. Selamat Hari Guru 2010.