Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU


Puisi Hari Ibu

HATI SEORANG IBU

Ibu
insan yang tidak pernah mengenal
erti kegagalan
apalagi untuk mengalah
pada kelesuan dan keperihan
walau jari jemari acap kali
terpalit selumbar duka
serta onak duri ranjau keluarga
namun heti seorang ibu
menerjah tinta keramat
syurga di telapak kakinya.

Ibu
peluh keringatmu adalah mutiara
juga kasturi yang mewangi
didambakan anak dan suami
walau sesekali air mata
tersirna di ufuk wajahmu
namun ia adalah kepuasan
dari sebuah pengorbanan
persis lambaian syurga
dikalbu mutaqin.

Ibu
Kalau tiada kata terucap
Kalau tiada senyum terukir
Kalau tiada santun terpamir
hatimu tercalar ngilu
kerana bagimu
bila usia menggamit pelabuhan
bila lesu menyelinap diri
hanya yang kerap dipinta
taat seorang anak.

No comments:

Post a Comment