Saturday, October 24, 2009

PHOTO LAWATAN PELAJAR KE MELAKA


..Perigi Hang Tuah..ishhh

Pada 24 - 26 Oktober 2009 seramai 70 orang pelajar dengan diiringi 11 orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka.Tahniah kepada semua guru yang menguruskan dan mengiringi lawatan tersebut dan juga kepada pelajar-pelajar yang menyertainya.Guru-guru yang terlibat ialah;
1. Cikgu Izhar bin Ishak
2. Cikgu Nazeli b.Rameli
3. Cikgu Sahnun bin Ahmad
4. Cikgu Mohd.Khaidir b.Mohd.Anuar
5. Cikgu Mohd.Faizal bin Ali
6. Cikgu Roslina bt.Nawang
7. Cikgu Hafisah bt.Said
8. Cikgu Rohani bt.Razak
9. Cikgu Noorhayati bt.Berahim
10.Cikgu Siti Mariam bt. Ismail
11.Cikgu Ahmad Maliki b.Abd.Rahman

..tekun mendengan taklimat

....kesian naik bas tak de bumbung

....letih nampak

...rumah lama orang lama tapi value tinggi..

TERIMA KASIH CIKGU....Terima kasih cikgu

BELANJAWAN 2010


BELANJAWAN 2010 - BIDANG PENDIDIKAN

1. Kerajaan sedia pertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri.

2. Program Permata turut menjadi sebahagian agenda dalam pembentangan bajet 2010..
2.1 RM438 juta untuk IKM dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan IKBN.
2.2 RM110 juta untuk pusat latihan kemahiran negeri dan institusi latihan
terpilih.
2.3 Mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 dan ke atas setaraf aliran akademik.

3. Menyediakan RM1.3 bilion bagi biaya pengurusan dan menaik taraf politeknik dan kolej komuniti serta menyediakan tabung pinjaman pelajaran kepada 32,000 pelajar

4. Pakej netbook dan jalur lebar kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun. Tawaran oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

5. Kerajaan perkenal new deal bagi menghargai jasa dan prestasi pengetua dan guru besar.

6. Menganugerahkan biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya.

.......dan ada lagi

Thursday, October 22, 2009



MEMEPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
( Sekolah Kebangsaan Seri Dusun )

1.PRAKATA

 SKSD dahulunya sebuah sekolah elit di negeri Kedah
 Tenaga profesianal ramai dilahirkan di sini
 Pelbagai sumber terdapat dan perlu pengoptimunan
 SRJKC mesti dilihat sebagai saingan yang hebat

2. RASIONAL

Merealisasikan warga SKSD yang beramanahdan beristiqamah serta mampu menjadirole model kepada orang lain.

3. OBJEKTIF

 Refleksi punca-punca kelemahan
 Refleksi keberkesanan pengurusan sekolah
 Refleksi keberkesanan pelaksanaan program
 Refleksi halangan dan kekangan
 Rekleksi strategi, kaedah dan cara implementasi


4. SASARAN

 Guru Besar
 Guru Penolong Kanan
 Guru-gurur
 Staf sokongan
 Pelajar
 Waris

5. VISI

Menjadi sekolah kluster terbilang.

6. MISI

 Mengakarumbikan budaya SKSD sepanjang masa dan situasi
 No. 1 dalam daerah / top five dalam akademik dan kokurikulum
 Sekolah Harapan Negara 3 K
 Merealisasikan Guru inovatif peringkat negeri dan kebangsaan
 Menjana guru pakar / cemerlang
 Menyediakan 30 % gurur berijazah
 3 orang setiap tahun untuk pergerakan gaji
 Sekolah bench mark / role model


7. REFLEKSI

7.1 Kelemahan Kita
 Pentadbir kekurangan ilmu dan pengalaman
 Team work kurang mantap
 SKT/SKU kurang penghayatan
 Perpaduan staf kurang bersifat professional
 Pembangunan staf kurang / proses kecairan
 Kurang sumber P & P
 Budaya kerja kurang cemerlang
 Kebolehupayaan mengekalkan momentum dan memempertingkatkan daya inovasi

7.2 Kekuatan Kita
 Pentadbir yang proaktif
 Staf yang muda dan mencukupi
 Kursus yang mencukupi
 MGB dan PKG yang saling bergantung
 Sumber yang pelbagai
 Komitmen PIBG
 Waris yang kurang bermasalah
 Persekitaran yang kondisuif
 Berhampiran pelbagai agensi kerajaan

8. LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA SKSD

 Pertingkatkan keupayaan SKSD
 Rancang dan maksimumkan kemudahan yang ada
 Utamakan hubungan manusia penuuh hikmah dan rahmah
 Semua kita jelas visi dan misi
 Utamakan Core Business
 Semua perancangan secraa bersama
 Sensitivity kepada arus perubahan perdana
 Perkasakan semua ruang pertanggungjawaban kita

9. HALANGAN / KEKANGAN

 Tidak semua orang berfikiran sama dan cara penerimaan sama
 Sifat mazmunah berkemungkinan satu ujian
 Keletihan dan kelesuan
 Stress dantiada imbangan
 Hubungan kurang selesa

10. PENUTUP

 “ Barang siapa mengerjakan kebaikan walau seberat zarah, nescaya ia akan mendapat balasannya. Barang siapa mengerjakan kejahatan walau seberat zarah pasti akan mendapat balasannya ”
( Maksud : Az zalzalah ayat 7 dan 8 )

 Tiada pusaka yang paling berharga yang kaan kita tinggalkan kecuali
 Anak yang soleh
 Ilmu yang bermanfaat
 Sedekah jariah

 Tiada kenangan manis yang mampu kita cipta melainkan kecemerlangan diri pada keluarga dan kerjaya.
“ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ”.

Wednesday, October 21, 2009

KUASA KEPAKARAN






Kuasa Kepakaran
Sebagai Sumber Kuasa Kepimpinan Pendidikan

1. Pengenalan

Seorang pemimpin yang berjaya selalunya mengenali bidang tugasnya secara jelas. Ia juga memahami kemajuan tren dan teori-teori yang berkaitan dengannya. Mengenali kakitangan dan orang di bawahnya secara khusus termasuk kekuatan dan kelemahan, harapan dan matlamat mereka. Dalam tugasnya, dapat membentuk satu pasukan kerja yang mengongsi bersama visi, misi, kecemerlangan dan prestasi kerja secara bersepadu. Sentiasa menunjukkan kekuatan dalam kata-kata, tindak- tanduk dan tingkah-lakunya.( 1 )

Kuasa dan pengaruh merupakan tunjang kejayaan seseorang pemimpin. John French dab Bert Raven memberi lima sumber kuasa yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

2. Definisi dan rujukan kes.

Kuasa kepakaran ( expert power ) boleh didefinisikan sebagai kebolehan dan kemampuan melaksanakan tugas berdasarkan kemahiran dan pengetahuan istimewa yang ada pada seseorang individu. Kemahiran ini dapat digunakan secara berkesan dalam mempengaruhi kakitangan atau orang bawahan dalam menjalankan tugas masing-masing. Kekuatan kuasa kepakaran ini amat bergantung kepada pandangan atau persepsi kakitangan kepada seseorang pemimpin itu. Jika pemimpin itu dipercayai dan disanjungi, kuasa kepakaran ini amat berkesan sekali. Disebaliknya, jika pemimpin tersebut tidak dihormati dan diragui ianya tidak berkesan dan menjadi sia-sia sahaja.

Guru Besar yang menjadi kes rujukan dalam penulisan kertas seminar ini didapati amat berkesan sekali dalam menggunakan stail kuasa kepakaran ini dalam melaksanakan tugasnya.

3. Bagaimana stail kuasa kepakaran dalam pentadbiran digunakan di dalam pentadbiran sekolah yang dirujuk ( 3 ).

3.1. Pentadbiran Am.

Guru Besar ini berusaha membentuk satu pasukan kerja yang mantap dan kuat. Dengan personaliti yang menarik beliau berjaya perkenalkan budaya ilmu sebagai strategi bekerja dan menjalankan tugas. Selain mneggunakan prosedur yang sedia ada teknik dan pengetahuan baru diperkenalkan. Kursus diadakan seperti :

i. Kursus Pembinaan Kumpulan ( Team Building )
ii. Kursus Bina Imej Diri ( Self- esteem )
iii. Kursus Pembinaan Organisasi
iv. Kursus Perancangan dan Pengurusan Strategik.
v. Kursus Lapang Minda ( Stress )
vi. Kursus Membina Fokus Diri dan Visi.
vii. Kursus Kemahiran ICT.
viii. Kursus Membina Laman WEB.

Selain dari itu tokoh-tokoh luar juga dijemput untuk meluaskan pengetahuan para guru dan kakitangan. Di bawah program Minda, di antara tajuk yang dibincangkan ialah :

i. Program Transminda
- Manual minda positif
- Membiina visi organisasi
- Menyediakan budaya kondusif
- Menyediakan persekitaran kondusif.

ii. Program Fokus Gemilang.
- memperkenalkan teras pengurusan
- membuadayakan hala tuju BITARA
- melangkapkan visi dan misi organisasi

iii. Program Memperkasakan Sekolah.

- Refleksi kelemahan diri / organisasi
- Refleksi kekuaatan diri
- Refleksi peluang dan cabaran
- Sediakan strategi dan implementasi

iv. Program SKSD Maju 2002.

- Back-up Wawasan 2020 dan Kedah Maju 2010 & Program Memperkasakan Sekolah.
- Fokus kepada pembangunan dan peningkatan ;
i. Sumber manusia
ii. Fizikal
iii. Akademik
iv. Kerohanian
v. Sumber sokongan
vi. Kokurikulum

Kesan dari tindakan ini pentadbiran menjadi lebih cekap. Pasukan kerja lebih mantap dan Guru Besar makin di hormati.

i. Tidak lagi timbul maslah dalam soal perkhidmatan. Guru dan kakitangan berpuas hati dengan perkembangan ini. Komitmen mereka dalam pembangunan sekolah makin meningkat. Konsep gotong royong makin berkesan. Sekolah makin ceria. Konsep bilik darjah lima bintang mula menampakkan kejayaannya.

ii. Pentadbiran Kewangan dapat dibaiki. Dalam masa dua tahun masalah audit bersyarat terlah dapat diatasi.

iii. Pejabat dan bilik-bilik khas telah dapat dinaiktarafkan.


3.2 Pentadbiran Kurikulum

Pasukan kerja yang mantap memudahkan kerja Kurikulum berjalan dengan teratur dan lebih profesional. Guru lebih bertanggungjawab dengan murid dan matapelajaran yang diajarnya. Kelas yang ceria dan lengkap, ada sudut bacaan dan sumber informasi memudahkan kerja guru. Bilik-bilik khas juga lebih berfungsi dan lengkap. Ini memujdahkan lagi pengajaran yang lebih berkesan dan bermutu. Untuk memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan lancar, Guru Besar ini juga telah melaksanakan beberapa program lagi.

i. Kursus dalaman wajib untuk diberi oleh semua guru yang menghadiri kursus dan taklimat luar.

ii. Kursus pembinaan item soalan

iii. Kursus pemarkahan berkomputer

iv. Kursus penggunaan PSS dalam P & P

v. Kursus penggunaan Media Elektronik dalam P & P

vi. Kursus Pengurusan P & P dan Rakan Sekerja

vii. Kursus Penggunaan Peta Minda

Program yang telah dilaksanakan ini telah berjaya menyemarakkan semangat guru dalam proses P & P. Dengan pertambahan ilmu yang dimantapkan dengan kemahiran, pengalaman dan kemudahan yang ada, proses P & P berjalan lancar. Kesungguhan guru dalam masa yang sama dapat pula menaikkan semangat dan dedikasi murid.

3.3 Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum

Pentadbiran yang mantap dalam Kokurikulum dan kakitangan memberi kesan yang positif juga dalam bidang kokurikulum. Perancangan teliti juga dibuat di dalam bidang ini. Sasaran yang jelas ditentukan dan guru-guru menyedari sasaran ini. Persediaan yang rapi juga diadakan. Hasilnya sekolah juga mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Sekolah mampu menghantar wakil mewakili zon dan daerah.

Sekolaj juga menerima hadiah inovasi pengurusan kokurikulum peringkat daerah. Guru-guru juga menerima anugerah inovasi penyediaan alat ABM dalam perayaan Hari Guru peringkat daerah.

3.4 Pengurusan Murid.

Murid adalah aset utama kejayaan sekolah. Guru yang berwibawa belum pasti akan membawa kejayaan kepada sekolah jika murid tidak berseida untuk belajar. Faktor iniu diambil berat oleh pihak sekolah. Antara program yang telah dilaksanakan ialah :

i. Program Sifar Ponteng
- Gerakan kesedaran
- Kaunseling
- Gerakan masuk kampung
- Pemantauan bertersuan

ii. Program Belajar Cemerlang
- Pengahayatan Nilai Murni
- Penghayatan Etika Belajar
- Penghayatan Teknik Belajar
- Program Belajar Secar Berobjektif
- Motivasi Pelajar

• Budaya Pelajar Cemerlang
• Teknik Mengulangkaji
• Konsep Koperatif Learning
• Program Warga Bestari


Program-program ini telah melahirkan golongan murid yang bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) meningkat dari segi kualiti dan kuantitinya setiap tahun.

3.5 Program Jaya Waris

Program ini dilaksanakan bertujuan mendekatkan waris dan masyarakat dengan pihak sekolah dan PIBG. Diantara program yang telah diadakan ialah :


I. Kempen Kesedaran Waris
II. Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti
III. Projek gotong royong
IV. Program Khidmat Masyarakat ( Bantu Keluarga Daif )
V. Hari Keluarga
VI. Khemah Ibadat ( Bersama Anak )


Program serupa ini telah membantu mendekatkan waris dengan sekolah. Hasilnya waris dan masyarakat banyak membantu sekolah menyelesaikan masalah keperluan peralatan dan mereka juga membantu menyelesaikan keperluan kewangan bagi menjalankan aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum sekolah.


4. Kesimpulan

Melihat kepada,

I. Keadaan persekitaran sekolah]
II. Keadaan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas
III. Budaya kerja guru dan kakitangan
IV. Budaya belajar dan semangat jati diri murid
V. Penyertaan waris
VI. Sumbangan derma dari berbagai pihak

Saya yakin bahawa Guru Besar ini telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Stail kuasa kepakaran yang diamalkannya telah membolehkankannya menyelesaikan masalah yang timbul dan menggerakan sumber yang ada untuk membina suasana sekolah yang baik dan mampu untuk terus berjaya.


SENARAI RUJUKAN

1.Marilyn Manning & Patrica Haddock, Leadership Skill For Women, Crisp Publication, California, 1989.

2. Ghazali Mat Zain, Kepimpinan Pengurusan, Utusan Production, Kuala Lumpur, 1996.

3. Temubual dengan :

I. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
II. Guru Penolong Kanan 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
III. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
IV. Pegawai Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
V. Tiga Orang Wrais Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.

4. rujukan Fail dan Catatan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
Sekolah Kluster

LATAR BELAKANG

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah.

TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
• Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama
• Pengukuran Standard Sekolah:
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
• SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
• SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
• SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
• SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
• GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat Pemilihan

Kecemerlangan murid dalam aspek:
• Akademik
• Kokurikulum
• Sahsiah
• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
• Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
• Keberkesanan pelaksanaan program KPM
• Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
• Langkah 1: Penerimaan pencalonan
• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
• Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:
• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
• Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:
• Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
• Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
• Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:
• Key Performance Indicator (KPI)
• Pengurusan sumber manusia dan fizikal
• Sumber kewangan
• Pembangunan profesionalisme staf
• Program kurikulum dan kokurikulum berkesan
• Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
• TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
• Umum (untuk semua sekolah)
• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:
• Pematuhan piawai yang berikut:
• Akta Pendidikan 1996
• Sistem Pendidikan Kebangsaan
• Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
• SKPM
Senarai Bidang Autonomi:
• Pengurusan Sekolah
• Pengurusan Sumber Manusia
• Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
• Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
• Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum


IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
• Program Kecemerlangan Kokurikulum
• Program Kerjaya
• Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
• Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
• Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
• Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
• Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
• Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
• Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
• Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Sunday, October 11, 2009

SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH

Sejarah awal penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1955, Penubuhan sekolah berpendidikan Inggeris adalah cadangan Pejabat Daerah Sik. Tujuan utama sekolah Inggeris ini dibina untuk memnuhi keperluan pendidikan di Daerah Sik, khususnya pelajaran Bahasa Inggeris dikalangan anak tempatan. Sebagai permulaannya sekolah Inggeris ini menumpang bangunan bersebelahan Pejabat Pos berhampiran Pejabat Daerah (Pejabat Pos Lama). Sekolah Inggeris pertama ini telah dibuka pada 02. Oktober 1955. Ketika itu Tuan Syed Abu Bakar b Syed Akil Shahabudin adalah Guru Besar di sekolah ini dan dilantik, sebagai guru Bahasa Inggeris, beliaulah satu-satunya tenaga pengajar di sekolah ini. Jumlah pelajar ketika itu lebih kurang 40 orang. Sekolah ini merupakan Sekolah Inggeris pertama di Negeri Kedah yang dikecualikan yuran. Setahun kemudian sekolah ini mendapat seorang lagi guru iaitu guru agama.

Dalam tahun 1958, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah sekolah yang baru di Kampung Dusun Sik berikutan dengan penambahan bilangan pelajar. Keluasan tanah yang dipersetujui ialah seluas 4.42645 hektar atau 10 ekar. Tapak sekolah ini merupakan tanah simpanan kerajaan yang telah diterokai oleh Alllahyarham Tuan Haji Ishak bin Ali pada tahun 1957. Bangunan sekolah telah siap dibina pada tahun 1959 dan dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhun Sultan Badlishah pada 04. Mac 1959 bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1378 Hijrah. Bangunan sekolah ini berukuran 112.5m x 15 m, mengandungi 6 bilik darjah dan sebuah bilik setor, manakala bilik setor telah diubah menjadi bilik Guru Besar.

Walaupun sekolah ini memperolehi bangunan baru pertambahan murid-muridnya kurang mengglakan. Fenomena ini berlaku kerana persaingan dari sekolah yang berhampiran, tambhan pula sekolah aliran Inggeris pada masa itu mendapat tentangan masyarakat. Walaubagaimanapun kemasukan murid-murid cina dan bangsa yang tinggal dipersekitaran Pekan Sik telah meningkatkan bilangan murid sekolah ini dari tahun ke tahun. Dalam tahun 1966 hingga 1972, sekolah ini mempunyai dua liran iaitu aliran Melayu dan Aliran Inggeris dan pada tahun 1974 sekolah ini ditukarkan kepada satu aliran sahaja iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa spengantar. Nama sekolah juga telah ditukar dari Sekolah Inggeris Sik kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sik, kampong Dusun, Sik Kedah. Dalam Tahun 1975 sebuah Kantin telah dibina dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1976 dengan belanja sebanyak RM 6000.00.

Pada tahun 1980an bilangan pelajar telah bertambah hingga menyebabkan kesesakan dalam bilik-bilik darjah. Bagi mengatasi masalah ini pihak pentadbir sekolah telah mengadakan dua sessi persekolah iaitu sessi pagi dan sessi petang. Disamping itu bangunan asalnya juga telah kelihatan uzur. Oleh itu usaha untuk mendapatkan bangunan baru telah dikemukakan kepada Jabatan pendidikan. Sehubungan dengan itu, projek pembinaan bangunan gentian telah diluluskan oleh pihak kementerian Pendidikan melalui suratnya (KP 1580/B/360/C44) bertarikh 14 Februari 1984. Kos pembinaan berjumlah RM 421,000. Bangunan baru ini mula digunakan pada pertengahan tahun 1985.

Pada 1 Januari 1998 nama Sekolah Rendah Kebangsaan Sik Kampung Dusun Sik telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Pertukaran nama adalah kehendak daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan semua sekolah bekas aliran inggeris ditukar menjadi sekolah kebangsaan. Mei 2000 sekolah ini menerima seorang Guru Besar baru iaitu Tn.Hj.Abd.Manap bin Hj.Abd.Majid yang melakar pelbagai kejayaan kepada SK Seri Dusun. Sejurus dengan keperluan pendidikan semasa sebuah bangunan baru telah dibina dan boleh digunakan pada Februari. Hasil usaha dan gabungan tenaga yang mantap di antara pengurus sekolah, guru dan staf sokongan SK Seri Dusun bersama kepakaran pengurusan yang dimilikki oleh Tn.Hj.Abd.Manap, pada tahun 2004 Sekolah kebangsaan Seri Dusun telah dianugerahkan Johan Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan, Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran 2005 Peringkat Kebangsaan dan Anugerah Sekolah Cemerlang 2007 Peringkat Kebangsaan.
Kesinambungan daripada kemudahan yang telah disediakan diharap agar guru-guru, kakitangan serta pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun beroleh kejayaan lebih cemerlang dari masa lalu dan meyambung kecemerlangan yang telah dibina.