Wednesday, October 21, 2009

KUASA KEPAKARAN






Kuasa Kepakaran
Sebagai Sumber Kuasa Kepimpinan Pendidikan

1. Pengenalan

Seorang pemimpin yang berjaya selalunya mengenali bidang tugasnya secara jelas. Ia juga memahami kemajuan tren dan teori-teori yang berkaitan dengannya. Mengenali kakitangan dan orang di bawahnya secara khusus termasuk kekuatan dan kelemahan, harapan dan matlamat mereka. Dalam tugasnya, dapat membentuk satu pasukan kerja yang mengongsi bersama visi, misi, kecemerlangan dan prestasi kerja secara bersepadu. Sentiasa menunjukkan kekuatan dalam kata-kata, tindak- tanduk dan tingkah-lakunya.( 1 )

Kuasa dan pengaruh merupakan tunjang kejayaan seseorang pemimpin. John French dab Bert Raven memberi lima sumber kuasa yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

2. Definisi dan rujukan kes.

Kuasa kepakaran ( expert power ) boleh didefinisikan sebagai kebolehan dan kemampuan melaksanakan tugas berdasarkan kemahiran dan pengetahuan istimewa yang ada pada seseorang individu. Kemahiran ini dapat digunakan secara berkesan dalam mempengaruhi kakitangan atau orang bawahan dalam menjalankan tugas masing-masing. Kekuatan kuasa kepakaran ini amat bergantung kepada pandangan atau persepsi kakitangan kepada seseorang pemimpin itu. Jika pemimpin itu dipercayai dan disanjungi, kuasa kepakaran ini amat berkesan sekali. Disebaliknya, jika pemimpin tersebut tidak dihormati dan diragui ianya tidak berkesan dan menjadi sia-sia sahaja.

Guru Besar yang menjadi kes rujukan dalam penulisan kertas seminar ini didapati amat berkesan sekali dalam menggunakan stail kuasa kepakaran ini dalam melaksanakan tugasnya.

3. Bagaimana stail kuasa kepakaran dalam pentadbiran digunakan di dalam pentadbiran sekolah yang dirujuk ( 3 ).

3.1. Pentadbiran Am.

Guru Besar ini berusaha membentuk satu pasukan kerja yang mantap dan kuat. Dengan personaliti yang menarik beliau berjaya perkenalkan budaya ilmu sebagai strategi bekerja dan menjalankan tugas. Selain mneggunakan prosedur yang sedia ada teknik dan pengetahuan baru diperkenalkan. Kursus diadakan seperti :

i. Kursus Pembinaan Kumpulan ( Team Building )
ii. Kursus Bina Imej Diri ( Self- esteem )
iii. Kursus Pembinaan Organisasi
iv. Kursus Perancangan dan Pengurusan Strategik.
v. Kursus Lapang Minda ( Stress )
vi. Kursus Membina Fokus Diri dan Visi.
vii. Kursus Kemahiran ICT.
viii. Kursus Membina Laman WEB.

Selain dari itu tokoh-tokoh luar juga dijemput untuk meluaskan pengetahuan para guru dan kakitangan. Di bawah program Minda, di antara tajuk yang dibincangkan ialah :

i. Program Transminda
- Manual minda positif
- Membiina visi organisasi
- Menyediakan budaya kondusif
- Menyediakan persekitaran kondusif.

ii. Program Fokus Gemilang.
- memperkenalkan teras pengurusan
- membuadayakan hala tuju BITARA
- melangkapkan visi dan misi organisasi

iii. Program Memperkasakan Sekolah.

- Refleksi kelemahan diri / organisasi
- Refleksi kekuaatan diri
- Refleksi peluang dan cabaran
- Sediakan strategi dan implementasi

iv. Program SKSD Maju 2002.

- Back-up Wawasan 2020 dan Kedah Maju 2010 & Program Memperkasakan Sekolah.
- Fokus kepada pembangunan dan peningkatan ;
i. Sumber manusia
ii. Fizikal
iii. Akademik
iv. Kerohanian
v. Sumber sokongan
vi. Kokurikulum

Kesan dari tindakan ini pentadbiran menjadi lebih cekap. Pasukan kerja lebih mantap dan Guru Besar makin di hormati.

i. Tidak lagi timbul maslah dalam soal perkhidmatan. Guru dan kakitangan berpuas hati dengan perkembangan ini. Komitmen mereka dalam pembangunan sekolah makin meningkat. Konsep gotong royong makin berkesan. Sekolah makin ceria. Konsep bilik darjah lima bintang mula menampakkan kejayaannya.

ii. Pentadbiran Kewangan dapat dibaiki. Dalam masa dua tahun masalah audit bersyarat terlah dapat diatasi.

iii. Pejabat dan bilik-bilik khas telah dapat dinaiktarafkan.


3.2 Pentadbiran Kurikulum

Pasukan kerja yang mantap memudahkan kerja Kurikulum berjalan dengan teratur dan lebih profesional. Guru lebih bertanggungjawab dengan murid dan matapelajaran yang diajarnya. Kelas yang ceria dan lengkap, ada sudut bacaan dan sumber informasi memudahkan kerja guru. Bilik-bilik khas juga lebih berfungsi dan lengkap. Ini memujdahkan lagi pengajaran yang lebih berkesan dan bermutu. Untuk memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan lancar, Guru Besar ini juga telah melaksanakan beberapa program lagi.

i. Kursus dalaman wajib untuk diberi oleh semua guru yang menghadiri kursus dan taklimat luar.

ii. Kursus pembinaan item soalan

iii. Kursus pemarkahan berkomputer

iv. Kursus penggunaan PSS dalam P & P

v. Kursus penggunaan Media Elektronik dalam P & P

vi. Kursus Pengurusan P & P dan Rakan Sekerja

vii. Kursus Penggunaan Peta Minda

Program yang telah dilaksanakan ini telah berjaya menyemarakkan semangat guru dalam proses P & P. Dengan pertambahan ilmu yang dimantapkan dengan kemahiran, pengalaman dan kemudahan yang ada, proses P & P berjalan lancar. Kesungguhan guru dalam masa yang sama dapat pula menaikkan semangat dan dedikasi murid.

3.3 Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum

Pentadbiran yang mantap dalam Kokurikulum dan kakitangan memberi kesan yang positif juga dalam bidang kokurikulum. Perancangan teliti juga dibuat di dalam bidang ini. Sasaran yang jelas ditentukan dan guru-guru menyedari sasaran ini. Persediaan yang rapi juga diadakan. Hasilnya sekolah juga mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Sekolah mampu menghantar wakil mewakili zon dan daerah.

Sekolaj juga menerima hadiah inovasi pengurusan kokurikulum peringkat daerah. Guru-guru juga menerima anugerah inovasi penyediaan alat ABM dalam perayaan Hari Guru peringkat daerah.

3.4 Pengurusan Murid.

Murid adalah aset utama kejayaan sekolah. Guru yang berwibawa belum pasti akan membawa kejayaan kepada sekolah jika murid tidak berseida untuk belajar. Faktor iniu diambil berat oleh pihak sekolah. Antara program yang telah dilaksanakan ialah :

i. Program Sifar Ponteng
- Gerakan kesedaran
- Kaunseling
- Gerakan masuk kampung
- Pemantauan bertersuan

ii. Program Belajar Cemerlang
- Pengahayatan Nilai Murni
- Penghayatan Etika Belajar
- Penghayatan Teknik Belajar
- Program Belajar Secar Berobjektif
- Motivasi Pelajar

• Budaya Pelajar Cemerlang
• Teknik Mengulangkaji
• Konsep Koperatif Learning
• Program Warga Bestari


Program-program ini telah melahirkan golongan murid yang bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) meningkat dari segi kualiti dan kuantitinya setiap tahun.

3.5 Program Jaya Waris

Program ini dilaksanakan bertujuan mendekatkan waris dan masyarakat dengan pihak sekolah dan PIBG. Diantara program yang telah diadakan ialah :


I. Kempen Kesedaran Waris
II. Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti
III. Projek gotong royong
IV. Program Khidmat Masyarakat ( Bantu Keluarga Daif )
V. Hari Keluarga
VI. Khemah Ibadat ( Bersama Anak )


Program serupa ini telah membantu mendekatkan waris dengan sekolah. Hasilnya waris dan masyarakat banyak membantu sekolah menyelesaikan masalah keperluan peralatan dan mereka juga membantu menyelesaikan keperluan kewangan bagi menjalankan aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum sekolah.


4. Kesimpulan

Melihat kepada,

I. Keadaan persekitaran sekolah]
II. Keadaan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas
III. Budaya kerja guru dan kakitangan
IV. Budaya belajar dan semangat jati diri murid
V. Penyertaan waris
VI. Sumbangan derma dari berbagai pihak

Saya yakin bahawa Guru Besar ini telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Stail kuasa kepakaran yang diamalkannya telah membolehkankannya menyelesaikan masalah yang timbul dan menggerakan sumber yang ada untuk membina suasana sekolah yang baik dan mampu untuk terus berjaya.


SENARAI RUJUKAN

1.Marilyn Manning & Patrica Haddock, Leadership Skill For Women, Crisp Publication, California, 1989.

2. Ghazali Mat Zain, Kepimpinan Pengurusan, Utusan Production, Kuala Lumpur, 1996.

3. Temubual dengan :

I. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
II. Guru Penolong Kanan 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
III. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
IV. Pegawai Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
V. Tiga Orang Wrais Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.

4. rujukan Fail dan Catatan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.

No comments:

Post a Comment