Sunday, November 15, 2009

PANDUAN PENDIDIKAN ANAK


PANDUAN PENDIDIKAN YANG BAIK


Sekolah telah menyediakan set pembelajaran yang sistematik dan terancang untuk pelajar-pelajar. Tanggung jawab pendidikan bukan semata-mata menjadi tanggung jawab sekolah sahaja. Kunci pendidikan yang cemerlang adalah perlunya keterlibatan ibubapa secara holistik. Penglibatan secara langsung dalam pendidikan anak-anak di sekolah akan membantu prestasi anak tersebut meningkat. Berikut ini beberapa perkara penting yang perlu dilakukan oleh ibubapa agar anaknya berpotensi untuk mendapat prestasi cemerlang di sekolah.

Sokongan kuat ibubapa
Ibubapa sepatutnya memberi perhatian kepada anak-anak mereka dan menanamkan kepada mereka nilai-nilai murni dan pemahaman konsep pendidikan. Mereka juga perlu mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Cara terbaik adalah dengan berkunjung ke sekolah untuk melihat situasi dan lingkungan pendidikan di sekolah. Menaruh minat terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah .

Berkerjasama dengan Guru
Biasanya apabila timbul masalah barulah ibubapa menghubungi guru anak-anak mereka. Sebaiknya, ibubapa perlu mengenal guru di sekolah dan menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Berkomunikasilah dengan guru secara hikmah untuk perkembangan anak-anak secara sempurna. Hadirilah pertemuan ibubapa dan guru yang dianjurkan oleh sekolah. Pada pertemuan ini, ibubapa memiliki kesempatan untuk mengetahui prestasi akademik anak-anak serta perkembangan sahsiah anak mereka

Jika seorang guru memberitahu perkara yang kurang baik mengenai anak merela, dengarlah guru dengan penuh perhatian, dan selidiki apa yang ia perkatakan. Ibubapa juga dapat bertanya guru-guru di sekolah mengenai prestasi, sikap, dan kehadiran anak di sekolah.

Sediakan waktu untuk anak
Peruntukan waktu yang cukup untuk anak- anak . Jika anak pulang sekolah, umumnya mereka cukup tertekan dengan beban kerja rumah, ulangkaji dan masalah lainnya. Paling ideal jika ibubapa misalnya seorang ibu berada di rumah pada saat anak-anak di rumah. Seorang anak akan gembira bercerita ketika pulang sekolah seraya mengeluarkan semua keluhan dan bebannya kepada ibubapa. Mereka akan bercerita tentang teman-teman yang nakal dan juga suasana di sekolah mereka.

Awasi kegiatan pembelajaran di rumah
Tunjukkan bahawa ibubapa berminat pada pendidikan anak Anda. Pastikan anak-anak mengerjakan tugasan rumah mereka. Wajibkan diri Anda untuk mempelajari sesuatu bersama anak-anak. Membacalah bersama-sama mereka. Jangan lupa jadualkan waktu setiap hari untuk memeriksa pekerjaan rumah anak Anda. Kawalselia waktu menonton TV, Internet dan bermain game dari anak-anak.

Tanamkan sifat bertanggung jawab
Sekolah akan memberi banyak tugasan cuti sekolah untuk dipersiapkan anak di rumah. Seorang anak yang bertanggung jawab akan mengerjakan tugas mereka dengan sebaiknya. Ibubapa perlu mengajar anak mereka untuk menyempurnakan tanggung jawab di rumah. Biasakan anak-anak membuat tugasan rutin setiap hari seperti membersihkan tempat tidur sendiri menurut jadual. Latihan di rumah seperti itu akan memerlukankan banyak komitmen di pihak ibubapa karena ia perlu diawasi. Tetapi hal itu akan mengajar anak-anak rasa tanggung jawab yang mereka perlukankan agar membawa hasil positif di sekolah dan dalam kehidupan mereka.

Pembentukan disiplin
Laksanakan disiplin dengan tegas namun dengan penuh kasih sayang. Jika ibubapa selalu menurut keinginan anak, maka mereka akan menjadi manja dan tidak bertanggung jawab. Masalah lain akan muncul jika ibubapa terlalu memanjakan anak seperti membuang masa, lepak, merokok, budaya liar dan masalah lainnya.

Kawal kesihatan
Jaga kesIhatan anak-anak agar prestasi belajarnya tidak terganggu. Buat jadual tidur yang cukup untuk anak-anak. Anak-anak yang keletihan tidak dapat belajar dengan baik. Elakkan makan makanan seperti junk food, jeruk, bergas dan berasid karena selain boleh menyebabkan obesiti ia juga mendatangkan pengaruh yang buruk terhadap perkembangan minda dan rohani anak-anak.

Jadi teman terbaik kepada anak-anak
Jadilah teman terbaik kepada anak anak-anak. Ibubapa hendaklah meluangkan masa untuk pelbagai aktiviti dengan mereka. Seorang anak memerlukan ramai teman tidak terkecuali teman yang matang iaitu ibubapa sebagai role model kepada perkembangan anak-anak.

Ibubapa perlu berusaha menghindari masalah dan rintangan dalam pendidikan anak-anak secara meningkatkan komunikasi dan penglibatan secara holistik. Kerja sama yang baik dengan guru-guru di sekolah akan dapat membantu melindungi anak-anak dari terjerumus ke dalam kancah yang tidak bermoral
Kesimpulannya tugas mendidik anak-anak janganlah dianggap sebagai tugas sampingan atau sambil lewa sahaja. Makan minum,pakaian, tempat tinggal dan kewangan sahaja tidak mencukupi dalam mendidik anak-anak ia lebih jauh mencakupi pendidikan dalam bidang perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelak dan social anak-anak. Untuk melihat anak—anak Berjaya dunia dan akhiratnya maka ibubapa perlu membuat perancangan yang rapid an”istiqamah’ dalam arahan dan tindakan.

No comments:

Post a Comment