Tuesday, November 3, 2009

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL SEBAGAI MOTIVATOR

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL SEBAGAI MOTIVATOR


Pendahuluan

1.1 Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain (staf bawahan) untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi.

1.2 Kepimpinan Instruksional adalah gabungan penyeliaan,pembangunan staf dan perkembangan kurikulum (Blasé,1998).

1.3 Kepimpinan Instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein,1989).

1.4 Kepimpinan Instruksional boleh didefinisikan sebagai pemimpin sekolah yang mengambil peduli(cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya.

2.0 Isu Kepimpinan Instruksional

2.1 Pengetua dan Guru Besar menumpukan 62.2% daripada masa mereka kepada isu-isu pengurusan sekolah dan hanya 6.2% kepada isu-isu berkaitan program pendidikan di sekolah (Stronge,1988).

2.2 Pengetua dan Guru Besar perempuan lebih banyak menumpukan masa mereka kepada aktiviti instruksional berbanding dengan Pengetua/Guru Besar lelaki.Aktiviti instruksional yang ditumpukan ialah:

2.1.1 Isu kurikulum
2.1.2 P&P guru dan murid
2.1.3 Pembangunan staf
2.1.4 Perancangan Strategik
2.1.5 Penglibatan ibubapa dan komuniti
(Highsmith dan Rallis,1986).

2.3 Pengetua/Guru Besar perlu mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu dalam seminggu dan AP 1996 perlu difahami dan dilaksanakan sepenuhnya.


3.0 Keperluan Utama Individu - Maslow


3.1 Keperluan fisiologi

Keperluan untuk mendapat makanan,air,udara,tidur,seks dan kepuasan sensori mendorong individu melakukan pekerjaan.Guru-guru dapat menggunakan makanan sebagai alat mendorong murid-muridnya supaya menyukai guru dan seronok berada di dalam bilik darjah.

3.2 Keperluan keselamatan

Keperluan untuk mendapat suasana aman,tenteram dan bebas daripada sebarang ancaman dan ugutan.Undang-undang dan peraturan yang dibuat hendaklah bersifat pelindung bukannya ancaman.

3.3 Keperluan sosial

Keperluan sosial mendorong individu untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan manusia lain,keperluan untuk diterima dan menerima serta sayang menyayangi.

3.4 Keperluan “Esteem” (untuk dihargai)

Keperluan untuk dihargai,diperlukan,dihormati dan dimuliakan menyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga di luar kebiasaan budaya untuk mencapainya.


3.5 Keperluan “self actualization”

Keperluan memenuhi apa yang diidam-idamkan – realisasi diri.Keperluan ini menjadikan individu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri dan dan menjadikan yang terbaik untuk dirinya.Memberi peluang untuk individu mencapai yang terbaik untuk dirinya.


4.0 Peranan Pemimpin Instruksional Sebagai Motivator

4.1 Pastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru mencukupi dan kemaskini

4.2 Sediakan khidmat sokongan untuk membimbing guru/staf

4.3 Gunakan bakat yang ada pada guru/staf sepenuhnya untuk menjalankan tugas

4.4 Bina semangat kerja berpasukan

4.5 Sediakan peluang-peluang untuk guru/staf berkongssi kepakaran

4.6 Adakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalam suasana kondusif dan bersahaja

4.7 Peka terhadap faktor-faktor yang boleh membantutkan semangat guru/staf.Contohnya bilik darjah tidak kondusif,kurang kebajikan dan tahap disiplin pelajar lemah.

4.8 Sebarkan maklumat kejayaan guru/staf kepada komuniti

4.9 Perbanyakkan surat penghargaan dan ucapan terima kasih

4.10 Berkomunikasi dengan cara terbaik,mesra dan saling menghormati

4.11 Beri penghargaan kepada guru/staf semasa mesyuarat atau majlis
perhimpunan

4.12 Amalkan budaya kerja menimbulkan rasa bangga guru/staf terhadap
sekolah,pentadbir,rakan sekerja dan murid

4.13 Adakan publisiti untuk semua program sekolah

4.15 Terangkan dengan jelas kepada guru/staf visi dan misi sekolah dan
menjiwainya secara bersama

4.16 Kenali setiap guru/staf secara tidak formal dan berkongsi pengalaman
positif secara tidak langsung

4.17 Bersedia menerima teguran dan penilian guru/staf walaupun pahit

4.18 Bekerja secara bersama untuk mencapai budaya cemerlang dan
gemilang dalam pelbagai bidang


5.0 Punca Guru/Staf Patah Semangat

5.1 Melakukan tugas yang sama dalam situasi yang sama

5.2 Tekanan pihak pentadbir untuk mendapat kualiti hasil kerja

5.3 Tidak mendapat pengiktirafan

5.4 Kurang kepercayaan – empowerment separuh hati

5.5 Bekerja dalam keadaan yang bertentangan nilai

5.6 Tiada peluang memberi pendapat atau pandangan

5.7 Tiada peluang untuk proses peningkatan kemahiran/ilmu

5.8 Pilih kasih secara nyata

5.9 Konflik diri tidak selesai contohnya masalah kesihatan dan keluarga

5.10 Bekerja dalam suasana warga sekolah yang caca merba


6.0 Elemen-elemen penting Pemimpin Instruksional Sebagai Motivator

6.1 Menetapkan misi dan target pencapaian pelajar/sekolah-Head count

6.2 Memindahkan visi sekolah kepada tindakan secara bersama

6.3 Penghayatan dasar kurikulum

6.4 Membuat agihan dan persefahaman tugas semua pentadbir,ketua panatia dan guru serta penggabungan tugas secara sinergi

6.5 Memantau keupayaan guru dan murid secara adil dan berterusan

6.6 Membimbing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada guru dan murid untuk peningkatan keupayaan diri

6.7 Membina budaya ilmu yang kondusif

6.8 Memberi insentif kepada guru dan murid secara jujur

6.9 Pemimpin sentiasa kelihatan dan bermaklumat

6.10 Terlibat secara jujur dalam P&P


7. Penutup

Individu yang terlibat di dalam proses merancang dan membuat matlamat akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pencapaian matlamat.Komitmen akan bertambah tinggi apabila ada ganjaran dan pengiktirafan.

No comments:

Post a Comment