SAHABAT YANG BAIK
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
Iraq Mengeksport Penghantaran Gas Asli Pertama Kali Dalam Sejarahnya
-
Jurucakap kerajaan berkata Iraq telah mengeksport penghantaran pertama gas
kondensasi semula jadi dalam sejarah mereka, iaitu salah satu kunci
perkembangan...
8 years ago
Setiap perkara yang berlaku adalah dalam ketentuan Allah SWT.
ReplyDeleteKejayaan yang sebenar dunia dan kehidupan hakiki dalam mentaati seluruh perintah Allah dalam bab IMAN, IBADAT, MUA'SYARAT, MUA'MALAT, AKHLAKIAT.
Allah berkuasa atas segala sesuatu. Hidayat, iman, keampuanan, pengenalan kepada sifat-sifat Allah, amal-amal soleh(Sunnah Rasulullah) adalah kurniaan Allah untuk insan yang ada keinginan untuk mendapat manfaat terus dan secara langsung daripada Zat Allah Yang Maha Suci.
Hanya ALLAH BERKUASA untuk beri petunjuk.
Hanya ALLAH BERKUASA untuk sesatkan manusia.
Petunjuk hidayat dalam keputusan ALLAH.
Kejahilan dan Kesesatan dalam keputusan ALLAH.
ALLAH tidak berhajat pada seluruh ciptaan-Nya.
Manusia dhaif, lemah, jahil dan lupa pada pencipta(ALLAH).
Seluruh manusia berhajat pada ALLAH.
dan ALLAH telah jadikan ISLAM-Taat perintah Allah dengan menuruti Sunnah Rasulullah sebagai asbab atau jalan untuk manusia mendapat manfaat secara langsung daripada ALLAH SWT.
Sesiapa yang sentiasa meletakkan ALLAH dihadapannya - dalam setiap keadaan sentiasa melihat perintah Allah.
Apakah perintah Allah pada saya ketika ini untuk saya laksanankan?
Saya sebagai ______________ ,apakah perintah Allah yang tertanggung atas diri saya?
Apakah yang menjadi kesukaan Allah untuk saya buat pada ketika ini?
Sesiapa yang sentiasa meletakkan PERINTAH ALLAH SEBAGAI MAKSUD KEHIDUPANNYA....Allah akan perintahkan seluruh makhluk beri khidmat padanya. ALLAH akan mudahkan segala urusannya. ALLAH akan bantu dalam setiap pekerjaannya. Akan sentiasa bersama dengannya dunia dan akhirat. Allah akan jadi WALI untuknya bermula dari masa dia buat keputusan untuk jadikan ALLAH sebagai maksud hidupnya sehiggalah dia bertemu menatap ZAT ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA MULIA dalam syurga. Tidak akan terpalok kedukaan dan kesedihan apabila dia kembali untuk diperhitungkan setiap amalannya.
ALLAH adalah WALI yang sebaiknya.
ALLAH adalah SAHABAT ketika safar.
ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali untuk kita serahkan perhitungan amal.
ALLAH adalah MAKSUD penciptaan manusia.