Monday, March 29, 2010

AL FATIHAH

GIKGU AHMAD MALIKI BIN ABD.RAHMAN 7.10.1960-29.03.2010- Penolong Kanan Ko Kurikulum

Telah kembali ke rahmatullah pada 29.03.2010 jam 7.50 malam akibat serangan jantung. Didoakan moga rohnya akan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman dan di rahmati ALLAH. Amin ya rabalalamin.

Sunday, March 28, 2010

PANDUAN KEPADA IBUBAPA UNTUK MENYEMAI MINAT MEMBACA ANAK-ANAK

Ibubapa hendaklah memain peranan positif dan proaktif dalam usaha menanam budaya minat membaca di kalangan anak-anak.Panduan berikut amat berguna untuk diamalkan;

1.Beri contoh tauladan membaca setiap hari- ibubapa perlu menunjukkan minat membaca samaada majalah atau buku.

2.Mendorong anak-anak berinteraksi dan bermain dengan buku.

3.Sediakan buku kegemaran keluarga di tempat-tempat yang mudah diakses

4.Luangkan waktu untuk mendengar dan membimbing anak-anak untuk membaca.

5.Bawa anak-anak ke kedai buku atau perpustakaan.

6.Sediakan suasana kondusif, nyaman dan tenang serta mampu meransang minat membaca.

7.Luaskan bahan bacaan anak-anak serta mereka untuk memilih buku berkualiti

8.Adakan perbincangan/resensi tentang buku yang telah mereka baca.

9.Buat permainan yang dapat menambah minatanak-anak untuk membaca

10.Berikan hadiah/anugerah keluarga kepada anak-anak yang banyak membaca

Monday, March 22, 2010

30 PESANAN SAIDINA ALI IBNI ABI TALIB

30 Pesanan Saidina Ali ibn Abi Talib kepada kita untuk mendidk hati ke arah "mardhatillah"

1. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

2. Mengajar adalah belajar

3. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

4. Insan terbahagi kepada 3 :
a) mereka yang mengenal Allah
b) mereka yang mencari kebenaran
c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

5. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

6. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

7. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

8. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

9. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

10. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

11. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

12. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

13. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

14. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

15. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

16. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

17. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

18. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

19. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

20. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

21. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

22. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

23. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

24. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

25. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

26. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

27. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

28. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

29. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu

30. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan itu dengan mendirikan sembahyang

TIPS FOR EXAM PREPARATION


TEN TIPS FOR EXAM PREPARATION

Tests and exams are a regular part of the school environment. It is important that exams be kept in proportion - they are important, but not the end of the worldHere are some tips to follow in creating your study plan:


1. Write up a study schedule for the exam period

2. Budget your time realistically

3. Don't attempt marathon study sessions.Don't make the study sessions too long

4. Allow time for sleep, exercise and fun

5. Look up previous exams

6. Work with a friend or a study group

7. Set clear and specific goals for the study sessions

8. Study sessions should have enough variety in terms of topics and activities

9. Maintain a stable energy level

10. Find a quiet place to study devoid of any distractions

Thursday, March 11, 2010

TIPS MENINGKATKAN INGATAN PELAJAR

Cara mengingat pelajaran perlu betul agar ia kekal di dalam minda.Pelajar-pelajar digalakkan mencuba tips berikut:

1. Fiikirkan maknanya dan manfaatnya apa yang sedang kita pelajari untuk kehidupan kita
2. Buat suasana lingkungan belajar yang nyaman ,selesa dan atur bersesuaian dengan keinginan kita
3. Fokuskan dan beri tumpuan terhadap apa yang kita pelajari
5. Tingkatkan motivasi dan semangat dalam diri kita untuk belajar.
6. Ubah perasaan tidak suka kita menjadi suka terhadap apa – apa yang kita pelajari
7. Bisikkan pada hati kita perasaan nyaman dan senang ketika sedang belajar
8. Lakukan berulang – berulang terhadap apa – apa yang kita pelajari
9. Buat catatan kecil atau coretan di buku terhadap tajuk dan isi-isi penting
10. PraktIK/ujikaji apa yang dipelajari kerana hampir sebagian besar dapat membantu untuk mengingat apa yang dipelajari
11. Banyakkan membaca Al Quran akan membantu meningkatkan kecekapan minda
12. Elakkan memakan jeruk, asam, minuman bergas, makanan ringan dan yang kurang bersih penyediaannya.

Wednesday, March 10, 2010

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR

Cuti pertengahan penggal telah bermula dan semua pelajar akan mempunyai banyak waktu yang terluang di luar kawalan. Disiplin dan jati diri sangat perlu untuk memastikan masa terluang diurus dengan sempurna.Terdapat beberapa tips mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja.

1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.

2. Susun dan atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.

3. Jangan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.

4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.

5. Buat jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.

6. Disiplinkan diri melakukan aktiviti yang telah anda tetapkan.

7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Kenalpasti beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak disedari. Faktor-faktor tersebut ialah

1. Pengaruh keluarga

2. Pengaruh rakan-rakan

3. Aktiviti yang tidak berfaedah

4. Pengaruh media massa

5. Sikap negatif dan tidak proaktif

Sunday, March 7, 2010

FORMULA RABBANI PELAJAR CEMERLANG

FORMULA TERBAIK PELAJAR CEMERLANG
Formula kecemerlangan pelajar yang perlu diteroka dan dihadam oleh setiap pelajar, guru dan ibubapa. Hasil tulisan Us.HJ.Abdullah Khairi b.Hj.Haroon dan Hj.Ahmad Fathur Rahman bin Hj.Haroon.


Ulasan:
Menarik,ilmiah, bahasa mudah difaham dan mencakupi pelbagai keperluan untuk pemangkin kecemerlangan.

Monday, March 1, 2010

TIPS PELAJAR CEMERLANG DAN MENJANA ANAK CEMERLANG

TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran

TIPS MENJANA ANAK CEMERLANG

1. Sediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak belajar di rumah.

2. Tidak ragu-ragu untuk disiplinkan anak

3. Mengawasi dan menemani anak

4. Sabar dalam mengajar

5. Selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah

6. Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah

7. Kenali rakan-rakan anak dan ibu bapa mereka

8. Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anak

9. Jadikan budaya membaca sebagai suatu amalan

10. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anak dan hormati waktu belajar mereka

11. Meletakkan harapan berdasarkan kemampuan diri anak

12. Tidak merendah-rendahkan kebolehan anak di hadapan orang lain

13. Tidak membanding-bandingkan kebolehan

14. Ganjari bukan sahaja hasilnya tapi juga usahanya

15. Sentiasa doakan kejayaan anak

16. Jaga Sumber Makanan

17. Tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Allah.

18. Seimbangkan perkembangannya dari segi akademik, emosi, siasah dan kerohanian.

Sumber: http://www.scorea.digital