Monday, March 1, 2010

TIPS PELAJAR CEMERLANG DAN MENJANA ANAK CEMERLANG

TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran

TIPS MENJANA ANAK CEMERLANG

1. Sediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak belajar di rumah.

2. Tidak ragu-ragu untuk disiplinkan anak

3. Mengawasi dan menemani anak

4. Sabar dalam mengajar

5. Selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah

6. Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah

7. Kenali rakan-rakan anak dan ibu bapa mereka

8. Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anak

9. Jadikan budaya membaca sebagai suatu amalan

10. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anak dan hormati waktu belajar mereka

11. Meletakkan harapan berdasarkan kemampuan diri anak

12. Tidak merendah-rendahkan kebolehan anak di hadapan orang lain

13. Tidak membanding-bandingkan kebolehan

14. Ganjari bukan sahaja hasilnya tapi juga usahanya

15. Sentiasa doakan kejayaan anak

16. Jaga Sumber Makanan

17. Tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Allah.

18. Seimbangkan perkembangannya dari segi akademik, emosi, siasah dan kerohanian.

Sumber: http://www.scorea.digital

No comments:

Post a Comment