Wednesday, March 10, 2010

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR

Cuti pertengahan penggal telah bermula dan semua pelajar akan mempunyai banyak waktu yang terluang di luar kawalan. Disiplin dan jati diri sangat perlu untuk memastikan masa terluang diurus dengan sempurna.Terdapat beberapa tips mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja.

1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.

2. Susun dan atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.

3. Jangan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.

4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.

5. Buat jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.

6. Disiplinkan diri melakukan aktiviti yang telah anda tetapkan.

7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Kenalpasti beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak disedari. Faktor-faktor tersebut ialah

1. Pengaruh keluarga

2. Pengaruh rakan-rakan

3. Aktiviti yang tidak berfaedah

4. Pengaruh media massa

5. Sikap negatif dan tidak proaktif

No comments:

Post a Comment