Monday, March 22, 2010

30 PESANAN SAIDINA ALI IBNI ABI TALIB

30 Pesanan Saidina Ali ibn Abi Talib kepada kita untuk mendidk hati ke arah "mardhatillah"

1. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

2. Mengajar adalah belajar

3. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

4. Insan terbahagi kepada 3 :
a) mereka yang mengenal Allah
b) mereka yang mencari kebenaran
c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

5. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

6. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

7. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

8. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

9. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

10. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

11. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

12. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

13. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

14. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

15. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

16. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

17. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

18. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

19. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

20. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

21. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

22. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

23. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

24. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

25. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

26. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

27. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

28. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

29. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu

30. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan itu dengan mendirikan sembahyang

No comments:

Post a Comment