Saturday, November 7, 2009

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP

Cadangan Penambahbaikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

i) Membina Negara Bangsa

Memandangkan keupayaan pembinaan negara bangsa amat penting bagi negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, maka PIPP perlu di buat penambahbaikkam.

a)Konsep 1 Malaysia perlu diterapkan dalam aktiviti pendidikan ke arah memantapkan perpaduan di kalangan murid dengan memastikan semua aktiviti yang dijalankan perlu menjurus ke arah mewujudkan perpaduan negara.

b)Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris apabila Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris dimahsuhkan.

c)JPN menentukan kuota penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Aktiviti Memupuk Kecintaan terhadap Seni, Warisan dan Budaya Bangsa hendaklah dikaitkan dengan perpaduan.

d)Sekolah swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1. Taklimat perlu diberikan kepada sekolah swasta bagi membolehkan pihak sekolah swasta menyertai program kokurikulum bagi tujuan perpaduan.

e)JPN mengehadkan bilangan pasukan beruniform di peringkat sekolah bagi menggalakan lebih ramai murid pelbagai kaum menyertai satu pasukan beruniform yang sama.

f)JPN perlu menerapkan nilai-nilai Konsep 1 Malaysia dalam pengurusan dan pentadbiran di peringkat sekolah.

ii) Membangunkan Modal Insan

Bagi membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni, maka persidangan telah mencadangkan :

a)memberi fokus kepada pembentukan modal insan yang holistik, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif. Di samping itu, pemupukan amalan disiplin yang baik dalam kalangan murid ke arah pembentukan semangat 1 Malaysia.

b)menyediakan profil murid Tahun 1 bagi membolehkan sekolah mengenalpasti tahap penguasaan murid supaya program intervensi dapat dilaksanakan untuk murid tersebut.

c)menggunakan sistemn modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk mengatasi maalah penguasaan 3M.

d)meningkatkan kadar literasi murid di peringkat sekolah rendah dijadikan KPI untuk Guru Besar, PPD dan Pengarah JPN.

e)memastikan sekolah memberi penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri ; daya kreativiti dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawan.

iii) Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Sesuai dengan tujuan penubuhan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk perpaduan rakyat sejak di bangku sekolah, persidangan telah mencadangkan bahawa :

a)Setiap Pengetua / Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun. Mana-mana Pengetua / Guru Besar yang gagal mencapai KPI yang ditetapkan boleh diambil tindakan.

b)Pengarah JPN perlu memastikan bahawa semua sekolah mempunyai guru terlatih yang mencukupi dan mengikut opsyen teruitama di laur bandar dan pedalaman.

c)Semua Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment guru-guru Bahasa Inggeris ke sekolah-sekolah di luar bandar dan pedlamaan sebelum akhir 2009.

d)Teras memperkasakan Sekolah Kebangsaan perlu memberi penekanan kepada peningkatan pencapaian akademik kerana perkara ini merupakan daya tarikan ibu bapa. Pencapaian akademik merupakan KPI Pengetua / Guru Besar dan mereka hendaklah diberikan surat tunjuk sebab dan menyatakan langkah penambahbaikan sekiaranya tidak mencapai tahap purata kebangsaan dan KPI mereka sendiri.

e)Pengarah JPN hendaklah memastikan semua sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi sepenuhnya. JPN perlu memastikan semua sekolah sentiasa bersih, kemas dan teratur dalam semua aspek. Pengarah JPN hendaklah membeikan surat amaran kepada Pengetua / Guru Besar sekiranya mereka tidak mencapai keperluan asas ini sebagai sebuah sekolah (A School is a School)


iv) Merapatkan Jurang Pendidikan

Sekolah dan murid seharusnya mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, maka dicadangkan bahawa :

a)Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasarama Penuh diletakkan dalam kawasan luar bandar.
Pengkelasan ini perlu disiapkan pada akhir tahun 2009 dengan mendapatkan maklumat daripada PPD sama ada sekolah terletak di dalam atau diluar kawasan perbandaran.Perkara ini akam mempengaruhi prestasi pencapaian murid bandar dan luar bandar.

b)Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan kerana pelajar-pelajar yang tinggal ini dapat meningkatkan pencapaian akademik.Di samping itu, dengan adanya asrama, keciciran murid dapat di atasi di sekolah tersebut terutamanya Sabah dan Sarawak.

c)Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara dan mereka hendaklah berkhidmat di luar bandar dan pedalaman. Bagi guru pasangan suami isteri, mereka digalakkan untuk ditempatkan di kawasan yang sama.

d)Guru cemerlang perlu berada di sekolah masing-masing sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan satu hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas luar. Guru Cemerlang juga tidak ditumpukan hanya di sesebuah sekolah sahaja. JPN perlu memastikan bahawa Guru cemerlang juga ditempatkan di sekolah lain bagi membolehkan sekolah tersebut memenfaati khidmat Guru Cemerlang.

e)Dalam merapatkan jurang, sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu di beri tumpuan dengan mengambilkira kesesakan pelajar dan keperluan asas serta guru.

f)Peluasan prasekolah di kaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the unreach) disediakan pendidikan prasekolah. Penyediaan prasekolah boleh dibuat dengan menyewa rumah, di kawasan rumah panjang, ditempatkan di sekolah menengah atau ditempat yang disediakan kemudahan.

g)KPM memberikan penekanan kepada merapatkan jurang pencapaian Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik antara bandar dan luar bandar.

h)KPM perlu memberikan kerjasama dan sokongan terhadap kesinambungan kurikulum untuk program PERMATA, prasekolah dari agensi lain dan sekolah rendah.

i)KPM menyediakan kurikulum alternatif (minimum adequate curriculum) terutama kurikulum pendidikan vokasional atau berbentuk hands-on kepada sekolah-sekolah yang pencapaiannya adalah kosong peratus tiga tahun berturut-turut.

j)KPM menyediakan latihan semula kepada guru-guru di sekolah yang berpencapaian rendah.

v.Memartabatkan Profesion Keguruan

Bagi memastikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa depan, KPM hendaklah :

a)Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara atau dengan menggunakan Pusat Kokurikulum Negeri sepenuhnya bagi menanamkan sikap positif guru dan memberikan pemahaman kepada guru tentang kepentingan perkhidmatan pendidik dan integriti penjawat awam kepada guru-guru permulaan serta guru-guru yang telah berkhidmat lebih 5 tahun.

b)KPM dan JPN mengadakan program-program motivasi untuk menyegarbugarkan (revitalising and rejunevate) guru-guru yang telah lama berkhidmat.

c)Mengkaji semula pemilihan penemuduga untuk calon guru mekanisme alternatif perlu dikenalpasti bagi memastikan penemuduga bukan sahaja terdiri daripada kalangan
pegawai Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru.

d)Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan peformancebased tanpa mengira lokasi guru sama ada dibandar atau di luar bandar.

e)Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.

f)Memastikan semua Pengetua / Guru Besar memakai lencana (badge) seperti " Saya Agen Perubahan " atau Saya Guru Berkualiti " mulai tahun 2010 sebagai simbol untuk memastikan guru dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.


vi)Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui penjanaan kluster kecemerlangan pendidikan mengikut bidang kebitaraan (niche areas), maka dicadangkan bahawa :

a)KPM memantapkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti IPTA / IPTS bagi melonjakkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) melalui sumbangan tenaga pengajar atau kemudahan lain untuk membolehkan SKK meningkatkan
pencapaian dalam bidang kebitaraan masing-masing.

b)KPM menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru supaya pandangan murid di ambilkira dalam proses meningkatkan kecemerlangan SKK. Di samping itu, guru juga boleh menilai pihak pentadbir sekolah.

c)KPM mengambil tindakan terhadap guru di SKK yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan. Guru yang menunjukkan prestasi rendah di beri latihan untuk membolehkan meningkatkan kecemerlangan dan sekiranya guru tersebut tidak menunjukkan peningkatan prestasi, mereka boleh ditukarkan ke sekolah lain.

d)80 peratus daripada pelajar daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

e)SKK perlu memastikan sebahagian besar murid sekolah tersebut mesti terlibat dalam bidang kebitaraan yang ditetapkan. Sebagai contoh sekiranya bidang kebitaraan sekolah tersebut adalah Muzik, setiap pelajar di sekolah tersebut sekurang-kurangnya boleh memainkan satu alat muzik. Manakala bagi perbahasan sebagai bidang kebitaraan, setiap pelajar hendaklah pernah dilatih atau terlibat dalam aktiviti perbahasan di sekolah mereka.

f)Semua Pengetua / Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus berdasarkan SKPM sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut. Sekiranya tidak mencapai KPI yang ditetapkan, tindakan boleh diambil.

g)KPM memastikan pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masing-masing.

h)KPI Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan ialah dengan meningkatkan pelajar-pelajar antarabangsa di sekolah swasta dan antarabangsa.

Dalam Persidangan Kajian Semula PIPP, YAB Menteri Pelajaran telah memberi beberapa saranan terhadap hala tuju sistem pendidikan negara dengan memberi tumpuan kepada :

a)mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan, berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan berinovatif selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ;

b)melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-kurangnya tiga quotient iaitu Intelectual Quotient (IQ), Emotional Quotient(EQ) dan Spritual Quotient (SQ) selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

c)merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan Pendidikan Untuk Semua (Education For All) yang disasarkan oleh UNESCO ;

d)memastikan kanak-kanak yang telah mencapai umur persekolahan mendapat akses kepada pendidikan dan mempersiapkan murid dengan ilmu, kemahiran dan perspektif yang membolehkan mereka bersaing di dunia ;

e)melakukan anjakan paradigma seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri kita iaitu
i) anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan,
ii) anjakan daripada budaya kesan nyata (output) kepada budaya keberhasilan (outcome),
iii) anjakan daripada birokrasi menyusahkan kepada birokrasi memudahkan dan iv) anjakan daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi melonjakkan kejayaan secara lonjakan berganda ;

f)menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda di sekolah sejak dari peringkat sekolah rendah ;

g)menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi ;

h)memastikan semua pemimpin organisasi dari peringkat KPM, JPN, PPD serta sekolah perlu merealisasikan mandat 4 anjakan paradigma yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri ; dan

i)mengkaji dan memurnikan perancangan sedia ada dalam PIPP dan perancangan pelan strategik untuk Rancangan Malaysia Ke 10 dengan memberi tumpuan kepadsa merealisasikan gagasan " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan " serta perkara yang digariskan dalam KPI Menteri Pelajaran iaitu :

a.Memberi keutamaan dalam melahirkan guru yang berkualiti untuk ditempatkan terutamanya di kawasan pendalaman dan luar bandar, serta menyediakan satu dasar penempatan guru yang responsif kepada keperluan rakyat perlu disediakan.

b.Memantapkan kualiti pemimpin sekolah dengan memastikan pemilihan pemimpin sekolah ini yang bukan saja berdasarkan kepada kekananan tetapi PERLU wujud proses yang lebih telus dan luwes serta memilih yang terbaik dan berbakat.

j)melahirkan modal insan yang berpengetahuan produktif, kreatif dan inovatif, serta melahirkan semua pelajar yang holistik serta mempunyai profiensi yang tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

k)meneruskan pembangunan infrastruktur kerana terdapat sekolah-sekolah yang daif dan usang serta yang perlu dinaiktarafkan dan terdapat kawasan yang masih tiada kemudahan sekolah.

l)memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan warga pendidik dengan mewujudkan Kem 1 Malaysia pada setiap tahun. Dalam kem ini, 8 nilai konsep 1 Malaysia akan dapat disemai dan ditanam kepada kesemua peserta dan seterusnya dapat dicapai matlamat gagasan 1 Malaysia seperti yang diingini.

Perubahan dan penambahbaikan yang dicadangkan dalam Persidangan Kajian Semula PIPP akan dijadikan perkembangan yang baru dalam memantapkan lagi PIPP. Pemantapan PIPP ini merupakan satu pendekatan bagi melengkapkan rancangan lima tahun yang masih belum selesai serta menyamaratakan medan persaingan dan peluang pendidikan kepada semua pelajar di negara ini.

Di samping itu, sebarang perkembangan baru dalam PIPP adalah untuk melonjakan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi yang bersedia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi agar mengangkat sistem pendidikan negara dan berdaya saing di arena globalisasi.


5. Penyediaan PIPP 2011 - 2015

Pada tahun 2010, KPM akan mula menyediakan Rancangan Malaysia Kesepuluh Kementerian Pelajaran Malaysia Pelajaran Malaysia 2011 - 2015. Perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 akan diasaskan kepada pendekatan berasaskan outcome sebagai kesinambungan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 bersandarkan teras utama Misi National dan Konsep " 1 MalaysiaRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." Satu rangka kerja bersepadu akan di bentuk untuk menghubungkaitkan dasar dan pelaksanaan program RMKe-10 dengan bidang keberhasilan utama RMKe-10 (KRA RMKe-10) dan outcome. Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan yang berkesan,setiap teras Misi Nasional diperincikan dengan KRA RMKe-10 outcome dan langkah strategik yang khusus. Pencapaian setiap KRA RMKe-10 akan disokong oleh KRA RMKe-10 peringkat Kementerian.KRA peringkat Kementerian akan memperincikan outcome dan KPI peringkat kementerian yang perlu dicapai.

Walau bagaimanapun proses penyediaan PIPP 2011 - 2015 masih dalam peringkat perbincangan di antara bahagian-bahagian di KPM. KPM akan berunding dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk penyediaan program pembangunan pendidikan termasuk cadangan program dan projek. Diharapkan penyediaan PIPP 2011 - 2015 ini dapat meneruskan agenda kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan mampu berdaya saing pada era globalisasi.

No comments:

Post a Comment