Tuesday, November 3, 2009

MEMBINA BUDAYA KERJA BERKUALITI

MEMBINA BUDAYA KERJA BERKUALITI

1. Persekitaran tempat kerja yang “terbuka”, yang mengamalkan dialog dan perhubungan secara meluas, boleh membantu mengurangkan risiko tekanan dan keganasan. Sebaliknya persekitaran kerja yang “tertutup” dan autoritarian, dimana pekerja bekerja berasingan, ditambah pula dengan saling prasangka dan sikap defensif terhadap orang luar, boleh meningkatkan risiko tekanan dan keganasan.

2. Budaya organisasi yang berasaskan tolak ansur, peluang sama rata dan kerjasama juga boleh menyumbang kepada pewujudan suasana kerja yang tidak menggalakkan tekanan dan keganasan, Sebaliknya, jika diskriminasi dan segregasi (pengasingan) secara nyata atau tersirat menjadi sebahagian daripada budaya organisasi, ini akan tercerminkan oleh segala kelakuan dan hubungan, baik di peringkat dalaman mahupun dengan dunia luar.

3. Pemberian kuasa untuk memberi perkhidmatan dan mengambil tanggung jawab oleh peringkat pusat kepada peringkat tempatan (desentralisasi) boleh membantu pekerja supaya lebih menyedari isu-isu tempatan lalu dapat memberi tindak balas yang lebih baik kepada keperluan pelanggan, di samping dapat meramal keadaan atau melarat hinggamengakibatkan keganasan. Ini akan menjadi sukar untuk dicapai dalam pertubuhan yang mengutamakan pemusatan dan kurang mengambil kira faktor individu, yang mana hubungan antara perorangan amat formal.

4. Ciri-ciri organisasi yang boleh membantu mengenal pasti kewujudan budaya tempat kerja yang “berkualiti”:

4.1 organisasi berkongsi matlamat dengan kaki tangannya;
4.2 organisasi menggalakkan perkongsian masalah dan penyelesaian masalah
secara berkumpulan;
4.3 organisasi menyediakan persekitaran yang mana usaha kaki tangan diiktiraf, maklum balas diberikan dan peluang diadakan untuk kemajuan diri dan profesional;
4.4 wujud persekitaran sosial yang kukuh dan memberi sokongan.

5. Meningkatkan Mutu Maklumat dan Penyebaran maklumat dan perhubungan terbuka boleh mengurangkan dengan banyaknya risiko tekanan dan keganasan semasa bekerja dengan meredakan ketegangan dan kekecewaan di kalangan pekerja. Ini amat penting dalam menghapuskan sikap membisu yang sering menyelubungi kes-kes gangguan seksual dan pembulian. Perkara berikut seharusnya digalakkan:

• sesi maklumat;
• mesyuarat kaki tangan;
• mesyuarat pejabat;
• perbincangan berkumpulan; dan
• kerja berkumpulan.

5. Menyediakan garis panduan dan program pembangunan kakitangan, yang jelas untuk memangani pelbagai isu dalam organisasi dan saling bantu-membantu di antara kakitangan seharusnya dititikberatkan.


6. Memperbaiki Persekitaran Am
Ciri-ciri fizikal sesebuah tempat kerja juga mempengaruhi budaaya kerja berkualiti. Justeru, perhatian utama seharusnya diberikan kepada peneingkatan kualiti dan keselesaan tempat kerja.Faktor-faktor ketidakselesaan fizikal tempat kerja hendaklah diatasi sejajar dengan perundangan sedia bagi mengurangkan sebarang kesan negetif.

KENDALIKAN STRESS DI TEMPAT KERJA

Stress boleh membantutkan budaya kerja berkualiti sekiranya ia gagal ditangani.Beberapa tips mengendalikan stress di tempat kerja.

1.Minta sokongan sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua anda
2.Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenali organisasi anda
3.Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.
4.Terima masalah secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kedukaan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.
5.Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang dipercayai
6.Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.
7.Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.
8.Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.
9.Mengimbangi aktiviti harian antara kerjaya dan peribadi
10.Ubahsuai prinsip hidup ikut kesesuaian dan suasana

No comments:

Post a Comment