Monday, November 23, 2009

NOSTALGIA PKPGB KOHORT 2 UUM



PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR

PKPGB adalah program khas pensiswazahan kepada Guru Besar di Malaysia yang memenuhi syarat dari segi umur dan kelayakan untuk menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti tempatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Rasa amat bertuah lagi beruntung kerana saya terpilih mengikuti program tersebut.
November 2006 bermula langkah pertama menjejak ke menara gading di Universiti Utara Malaysia yang mendaftar sebagai penuntut senior. Kalau sebelum ini ke universiti hanyalah untuk menghantar anak dan menziarahi mereka sahaja tetapi kini jauh berbeza. Sebagai penuntut yang berumur banyak sudah tentu komitmen dan tanggungjawab juga banyak. Nak pulang dan undur ke belakang malu pada kawan-kawan dan orang kampung. Apa-pun perjuangan mesti diteruskan.
Segalanya berlalu dengan pantas..Orang lama memang kaya dengan pengalaman.Ranjau dan onak berjaya ditempuhi.Pahit manis sebagai penuntut senior tetap terpahat dalam ingatan dan akan kekal terpahat dan tersimpul mati dalam memori kehidupan. Kenangan bersama kawan-kawan Guru Besar PKPGB Kohort 2 tetap jadi ingatan. Mantan Penghulu Wan Salim dan Aziz Cap tetap dikenang juga kepada Penyelaras PKPGB- En.Abu Hasan.Segalanya telah dibuktikan tepat pada tanggal 5 Oktober 2009 seramai 50 orang penuntut PKPGB Kohort 2 telah menerima Ijazah Pengurusan Pendidikan di Majlis Konvokesyen UUM ke 22. Tahniah kawan-kawan semua..Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah UUM.

No comments:

Post a Comment